BOOTH JKSK

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

dr ari Isnin hingga esok..... JKSK ade bukak booth kt PSZ(library UTM)...... Ape tu JKSK???
JKSK ni ialah J/Kuasa Saudara Kita yg mane brtnggungjwb trhdp mualaf kt UTM.... ni satu2nye prsatuan kt UTM yg jage kbajikn mualaf......

Ape yg nk citer bukn r pasal JKSK sbb info bleh dpt kt http://jkskutm.blogspot.com atau http://saudarakita.org
tapi.....

citer ape yg brlaku je r.......

Tujuan utama booth ni dibuka ialah utk ajak org ramai join JKSK..... Org Islam especially student Melayu........tapi.....

Xramai yg dtg dkalangan org Melayu......

Foreigner yg meramaiknnye....

mmg r bagus ramai dtg tp masalahnye mane pegi org Melayu...... adakah mereka layu....

Jelas sgt org kita dh kurg sangat kesedaran mngenai dakwah..... pentingnye kite utk mnegakkan Islam.... Sesungguhnye sume muslim itu ialah Da'ei........

Zaman skarang kite dpt tngok dimane Islam mningkat di belah2 barat..... Kt Israel pn meningkat jumlah org Islam..... tp kt ngara yg mmg dh lame ade Islam atau ramai Islam..... Mereka kian lupe akan Islam.......

Bangunlh kite menegakkan Islam..... Allahu akbar.....

YAHUDI....BIJAK??

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Sebuah fakta yg menarik utk dikongsi bersama..
Buke ana suruh kito ikot budayo Yahudi tp utk kito samo2 muhasabah diri...

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang,Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan,dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan,perfilem an diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana?
Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama,persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel,setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang
minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia,ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang,menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet)dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam. Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama.
Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat(nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( ***** atau lembamacho. Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi..

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Didalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa,beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak,menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes ***** akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!
Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok,saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran,teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa,adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai,Mengapa saya gemarkan tomato!

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

PALAPES

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Abis je exam.....
aq kena stay sbb join PALAPES...
PASUKAN LATIHAN PEGAWAI SIMPANAN
kalu in English......
ROTU....
RESERVED OFFICER TRAINING UNITS


mula2 latihan brtrusan....... pas2 lak khemah thunan.....

latihn brtrusan ni xde ape yg best pn..... sbb lbih kurg cm latihn tmpatan je.....

tp yg nk citer ni ialah......
ana punye khemah thunan.....

ni nk citer part2 trtentu je.....

firstly..... lawatan......
kitorg gi lawatan ke PULPAK, MUZIUM TD, 2 RAD......
PUTD xjd gi..... atas sbb2 ttntu.....

Kt PULPAK kitorg tngok geng2 KOMANDO wt pape yg diorg nk wat r.....

pas2 kitorg tngok geng para brigedsblum PULPAK, kitorg gi muzium td

esok lak kitorg gi 2 Arti.....
ARTILERI


aktvt len yg ade ialah serang 'skodeng', inokulasi tmpur, mnembak, fasa medan....
mnembak ni best r....
yg trbaek skali is zaidi the komando cookhouse.....
19/20 tmbakan kna target.....

fasa medan lak...
camping cm biase....
cume kna stand2....
Young Officer dtg curi cjata n klopak.....
ana nyer anak buah.... 2org ilang klopak....
payah jd koperal medan ni....
lg truk kalu jd platun sarjan...
ni gambo salah sorg perasmi tasik kt pulau bongek hahaha

tmpur seksyen gagal....
tp platun 2 lg bagus dr platun 1....
platun 1 gi askar malaysia...blik askar US...hahaha

srang hendap.....
fail.....
ktua platun marah sarjan....
ktua platun tmbak awal....
major tido.....
1 seksyen ilang cjata.... mmalukn.....
ish3...
abseiling best.....
inokulasi tmpur lak ade yg pengsan....
ye r...
pluru GPMG lalu atas kpale je....

raye xblik sbb raye kt markas je....
antara yg best mase tngok inter ngan senior bperang.....

tp syg thun ni xde acara tbusan lari....hehehe

nk tngok gambo kitorg????
tngok r kt kitorg nyer social network....
http://rotuutm20.ning.com
byk sgt nk masuk kt cni....
ade r dlm 3GB....
ana smpan dlm extrnal....

AL-FATIHAH

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

AL-FATIHAH....
brsama-sama mnghadiahkan Al-Fatihah buat bapa kpd SAFURA....bdak sm sains kota tinggi..batch 8.. esprit caballus....

ana pn dapat tau smalam malam... mase tunggu call dr staf azmi...my jurulatih palapes...

latihan berterusan PALAPES UTM 2009

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

ARI NI BERMULA R LATIHANBERTERUSAN PALAPES UTM....

best gak r.....

training mcm biase cume yg ni 24 hours.....

kejap lg ade 'rollcall'....ntah camne eja pn aq X tau...

papepn gud lark r kt palapes utm batch 20.....
moga jgn ade yg quit lg....

heheheh....


aktvt ari ni...
-pt pagi
-kawad m16
-ilmu medan perang
-cat no. cjata m16..

guru SAKTI

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

MENGINGATKN ANA PD GURU2 YG TELAH MMBIMBING ANA.... DOUBLE KLIK ATAS GAMBAR UTK BESARKAN....

KARANGAN TERBAIK??

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

ana mlawat blog pengetua baru SAKTI n trtarik ngan satu post beliau yg memaparkn satu karangan...... cuba baca dan buat pandangan pribadi tntang karangan ini.....


Pagi itu pagi minggu.
Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.


Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”. Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting
Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu..

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam.. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi. Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat laporan ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.
****************************************************************************************************************
trkejut ana ngan karangan sedemikian.... tp bleh wat pngubat hati time exam ni....

TEKNOKRAT DAKWAH MEMIMPIN UMMAH

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

UCAPAN DASAR

PRESIDEN PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UTM

SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PMIUTM KALI KE -7

TEMA : TEKNOKRAT DAKWAH MEMIMPIN UMMAH


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,


اَلْحَمْدُ للهِ الَّذِيْ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَا فِى الأَرْضِ وَلَهُ الْحَمْدُ فِى الآخِرَةِ وَهُوَ الْحَكِيْمُ الْخَبِيْرُ. أَشْهَدُ أَنْ لآ اِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لآ شَرِيْكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.



Yang Dimuliakan Tuan Pengerusi Tetap,

Yang Dikasihi Sdr Timbalan Presiden dan Naib Presiden PMIUTM,

Yang Dikasihi Sdri Pengerusi dan Timbalan Pengerusi HEWI PMIUTM,

YBrs Barisan Majlis Eksekutif dan Majlis Tertinggi PMIUTM,

YBrs Pengarah Mesyuarat Agung Tahunan PMIUTM kali-7,

Para Perwakilan dan semua tetamu, jemputan serta pemerhati yang dihormati sekalian.


MUQADDIMAH

Sidang hadirin yang dirahmati Allah,

1. Pertamanya, saya ingin melahirkan rasa kesyukuran yang setinggi-tingginya ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan inayah, kasih sayang, serta keizinannya kita dipertemukan oleh Allah s.w.t. di dalam Persatuan Mahasiswa Islam UTM (PMIUTM) kali ke-7 bagi sesi 2009/2010 ini. Sekali lagi, saya panjatkan rasa takzim yang tidak terhingga kepadaNya kerana medan tarbiyyah Ramadhan yang kita selesai tempuhi baru-baru ini, memimpin diri kita untuk terus hadir dalam Mesyarat Agung Tahunan PMIUTM kali ini dengan matlamat untuk terus menyokong organisasi yang melebarkan sayap dakwah di UTM.

2. Dengan penuh rasa kesyukuran dan berbesar hati, izinkan saya bagi pihak kepimpinan PMIUTM dan juga Panitia Mesyuarat Agung kali ini, mengalu-ngalukan kehadiran para jemputan kehormat, para perwakilan, para pemerhati dan seterusnya tetamu yang dimuliakan lagi dikasihi sekalian dengan ucapan “Ahlan Wasahlan wa Marhaban Bikum”-“Selamat Datang dan Salam Sejahtera”. Mudah-mudahan perhimpunan kita pada hari ini dengan membawa misi untuk mengangkat keizzahan Islam dan beramal dengannya mendapat payungan rahmat serta kasih sayang Allah dari awal hingga akhirnya.

3. ‘Teknokrat Dakwah Memimpin Ummah’ telah disepakati oleh pimpinan sedia ada untuk dinobatkan sebagai tema Mesyarat Agung Tahunan PMIUTM kita yang ke-7 pada kali ini. Harapan yang sebegini besar dilontarkan kepada sidang muktamar sekalian agar suatu bentuk perbahasan yang lebih mantap dapat kita padukan pada kali ini supaya benar-benar harapan yang menggunung daripada kepimpinan lepas dengan temanya ‘Satu Hati’ wujud suatu kesinambungan yang bertali arus buat kepimpinan yang bakal menerajui PMIUTM akan datang.


TEKNOKRAT DAKWAH MEMIMPIN UMMAH


4. Islam merupakan agama yang syumul, meliputi segala aspek bahkan keindahan ajaran Islam telah mengangkat martabatnya sehingga menjadi cara hidup manusia. Namun kita perlu sedar bahawa survival dakwah Islam bukanlah hanya terletak di bahu para du’at yang bergelar ustaz dan ustazah semata-mata, bahkan tugas mulia menyebarkan intipati kalimah Islam ini sebenarnya menjadi tanggungjawab setiap Muslim, tidak kira sama ada yang berlatarbelakangkan pendidikan agama secara khusus mahupun tidak. Ini kerana peranan yang sebegini besar telah Allah s.w.t rakamkan di dalam Al-Quran dengan firmanNya :


104. Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak Yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik, serta melarang daripada Segala Yang salah (buruk dan keji). dan mereka Yang bersifat demikian ialah orang-orang Yang berjaya.


5. Kandungan ayat ini sewajarnya kita jadikan bahan motivasi untuk memberikan kita kekuatan dalam menyebarkan agama Islam pilihan Allah ini. Tidak kira siapa jua kita, yang lebih utama ialah mesej untuk mengimarahkan muka bumi Allah ini dengan perintah serta syariatNya dapat disebarluaskan. Apatah lagi bagi kita yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi Islam di UTM ini, yang rata-ratanya mengambil jurusan teknikal sebagai core business kita dalam bidang pendidikan dan mungkin ianya berlarutan selepas ini menjadi medan kerjaya kita, sewajarnya kitalah yang menjadi ‘tangan-tangan penyelamat’ kepada mereka yang hampir hanyut dalam dunia yang yang bertuhankan materialistik pada hari ini.


6. Kompilasi di antara ilmu agama dan juga ilmu duniawi khususnya bidang teknikal dilihat mampu memudahkan lagi urusan dakwah untuk dijalankan. Memandangkan kerjaya yang melibatkan jurusan kejuruteraan rata-ratanya didominasi oleh kelompok bukan Islam dan juga sesetengahnya dari kalangan muslim yang kurang beramal dengan Islam, maka menjadi kewajipan kita untuk bersama mereka. Siapa lagi kalau bukan ‘Teknokrat Dakwah’ yang seharusnya merangka pembangunan material dan juga pembangunan insan mengikut acuan Al-Quran. Bertepatan dengan tema kita pada kali ini iaitu ‘Teknokrat Dakwah Memimpin Ummah’ saya ingin mengajak sahabat-sahabat sekalian untuk sama-sama kita bermuhasabah menyemak kembali peranan yang telah Allah wartakan buat kita.


SENARIO HARI INI


Sidang hadirin sekalian,


i) Mahasiswa dan Alam Kampus


7. UTM merupakan pusat tadahan mutiara ilmu yang berharga. Namun, sinar cahaya ilmu yang Allah limpahkan di taman yang permai ini kadang-kadang dicemari oleh plot-plot drama maksiat yang melemaskan. Bermula dengan melihat fenomena di sekitar kampus yang kita sayangi ini, semakin hari semakin ramai mahasiswa yang berani melakukan perkara mungkar dan maksiat secara terang-terangan. Antaranya adalah seperti tuntutan menutup aurat yang semakin diabaikan terutamanya di kalangan mahasiswi serta gejala bonceng dan couple yang bertambah membarah. Perkara ini sedikit sebanyak mencalarkan imej Islam yang fitrahnya serba indah sehingga tidak lagi dipandang tinggi di kalangan penganut agama lain. Dewasa ini, kehidupan sebagai remaja dan belia khususnya golongan mahasiswa semakin mencabar dengan masalah kebejatan akhlak masyarakat yang semakin meruncing.


8. Isu kepincangan sosial serta kebobrokan akhlak ini sebenarnya telah sekian lama hangat diperdebatkan, bermula sekecil-kecil kelompok yang hanya melibatkan ibu dan bapa dalam sesuatu keluarga, hinggalah perhimpunan manusia yang lebih besar merentasi peringkat nasional malah antarabangsa. Namun sedarkah kita bahawa, kita merupakan salah satu elemen yang turut terlibat dalam membina piramid masalah global ini? Seandainya kita terus memandang ringan akan perkara-perkara ini, bagaimanakah agaknya nasib bangsa dan agama kita pada masa hadapan? Mahasiswa dan mahasiswi pada hari ini merupakan golongan pemuda dan pemudi harapan agama, bangsa dan negara. Apakah kita menjadi pemimpin pada masa hadapan andai sekiranya pada hari ini kita masih lagi hanyut dan leka dengan godaan dan kemewahan duniawi yang sementara?


9. Mengimbau kembali sejarah Islam yang lalu, kita bakal bertemu dengan kisah-kisah yang menggambarkan para pemuda Islam merupakan suatu golongan yang sangat hebat. Dalam usia belasan tahun, mereka mampu menjadi seorang panglima perang yang hebat. . Lihatlah sahaja, bagaimana Usamah bin Zaid panglima kecintaan Nabi s.a.w telah diberi kepercayaan oleh Rasulullah untuk memimpin tentera yang bersamanya Saidina Abu Bakar Siddiq, Umar bin Khattab, Sa’ad bin Abi Waqqas, Abu Ubaidah bin Jarrah, dan lain-lain sahabat yang lebih berpengalaman dalam selok belok ketenteraan untuk menawan Rom walaupun umur beliau hanya sekitar 19 tahun Mereka juga mampu mengalahkan musuh-musuh Islam dan menyebarluaskan pengaruh Islam. Namun persoalannya, apakah sejarah yang begitu agung mampu untuk kita ulangi kembali? Kita seringkali berbangga dengan sejarah-sejarah yang dicipta oleh umat terdahulu, tetapi adakah cukup sekadar dengan perasaan bangga sahaja? Sebagai generasi baru Islam kita bukan sahaja perlu belajar dari sejarah lalu, tetapi kita seharusnya mengorak langkah, menyusun strategi dan bertindak dengan penuh keazaman untuk mengatasi sejarah-sejarah itu. Persoalannya, dimanakah kita harus bermula? Tepuk dada tanyalah iman.


10. Justeru saya menyeru dan mengajak sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama memperbaiki diri kita dengan mewujudkan kesepaduan antara ilmu yang kita pelajari dengan amalan seharian kita agar adunan ilmu ini dapat memberi kekuatan kepada kita untuk membentengi diri sendiri serta rakan-rakan kita yang lain daripada menyentuh perka-perkara yang membawa ke neraka. Marilah kita sama-sama memperkasakan amalan-amalan wajib seterusnya menjadikan amalan-amalan sunat sebagai suatu kelaziman dalam kehidupan kita.


ii) Mahasiswa dan Dunia Luar


11. Mahasiswa pada hari ini dilihat menjadi mangsa keadaan, terasing di bumi sendiri, dan terperangkap dalam dalam dunia kampus yang serba sempit ini. Kesibukan kita dalam menuntut ilmu serta melaksanakan tugasan harian selaku mahasiswa, kadang-kadang menjauhkan kita daripada berpijak di bumi yang nyata. Kita seharusnya sedar bahawa, keutamaan menuntut ilmu itu suatu yang pasti, namun pada masa yang sama mahu atau tidak sewajarnya mereka yang bergelar mahasiswa merencana inisiatif tersendiri dalam rangka untuk memastikan kita tidak terasing dari kehidupan realiti yang jauh lebih mencabar.


12. Mari kita sama-sama berfikir sejenak, di saat kita lemas dalam kesibukan akademik dan berpesatuan di kampus pada hari ini, isu semasa dunia luar tidak seharusnya kita ketepikan apatah lagi isu-isu yang berkisar tentang dunia Islam. Jika sebelum ini kita digegarkan dengan kempen serangan alaf baru puak kuffar dengan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq serta Iran yang ditekan hebat sehingga nyaris-nyaris diserang. Pada awal tahun 2009 kita dikejutkan lagi dengan serangan bertubi-tubi puak Israel ke atas Palestin. Hingga hari ini, beratus-ratus saudara seagama kita yang terkorban dan beribu-ribu lagi tercedera.


13. Ketegangan etnik berdarah di wilayah Xinjiang yang melibatkan lebih 170 etnik Uighur dan lebih 20 etnik Han Ogos lalu, yang majoriti penduduknya beragama Islam seharusnya menyentak hati dan perasaan kita selaku saudara semuslim yang ditindas di sana. Darah dan nyawa umat Islam hari ini dibayar dengan butiran peluru dan deraian air mata yang berlimpahan. Pergolakan demi pergolakan yang berlaku di selatan Thailand juga menyaksikan umat Islam menjadi watak utama dalam siri pembantaian nyawa secara habis-habisan. Peristiwa berdarah yang melibatkan pembunuhan Dr. Marwa El Shebbini di Russia di tangan seorang pengangur dan penyokong parti pro Nazi German, Alex W memberi tamparan hebat kepada muslimah Islam seluruh dunia sehingga tarikh pembunuhan berkenaan dijadikan Hari Jilbab Sedunia. Dan yang terkini, awal bulan Oktober yang lalu, tragedi menyayat hati serta meledakkan rasa marah dikalangan umat Islam yang tidak terhingga apabila melihat kerakusan junta tentera Guinea memperkosa sebilangan 30 orang muslimah secara terbuka di khalayak ramai dalam satu siri demonstrasi yang diadakan di stadium Conakry.


14. Persoalannya adalah mengapakah hal sebegini berlaku? Adakah ia merupakan suatu tanda kejayaan perancangan yang licik daripada musuh-musuh Islam? Atau adakah hal ini terjadi kerana umat Islam kini semakin lemah dan jauh daripada ajaran Islam yang sebenar? Atau apakah ini semua ujian serta bala dari Allah lantaran umatnya pada hari ini mengmbil ringan amanah serta tanggungjawab sebagai khalifah dalam memakmurkan muka bumi Allah ini. Suka untuk saya tinggalkan persoalan ini sebagai bahan muhasabah kita bersama, dalam menilai kualiti Islam dan Iman pada diri kita selaku seorang Muslim.


15. Semakan demi semakan perlu kita lakukan ke atas diri kita. Sebagai seorang Muslim, apakah reaksi dan tindakan kita dalam berdepan dengan situasi sebegini? Diperingkat kampus, di manakah pemimipin-pemimpin mahasiswa yang sepatutnya mengepalai kita dalam berhadapan dengan perkara ini? Adakah sememangnya kita tidak dapat melakukan apa-apa tindakan pun untuk membantu saudara-saudara kita di sana? Ya, memang benar, kita tidak mampu melakukan apa-apa seandai kita berfikir hanya dengan mengangkat senjata sahajalah kita mampu membantu mereka. Pernahkah kita terfikir bahawa doa itu senjata utama orang mukmin? Dan apakah kita sering kali melaksanakannya.?


16. Dalam keterbatasan ruang dan masa ini , saya menyeru diri saya dan sahabat-sahabat sekalian, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri, dimanakah kita ketika Islam ditekan diluar sana? Apakah peranan kita dalam membantu meningkatkan semula martabat Islam diluar sana? Semoga kita sama-sama beroleh keampunan daripada-Nya atas segala kekurangan dan kesilapan yang telah kita lakukan.


3.0 SUKA DUKA BERSAMA MEMBANGUN UMMAH


Ikhwah-akhawat sekalian,

17. Dikesempatan ini, suka untuk saya menyingkap kembali sedikit sebanyak peristiwa di sekitar persatuan ini setelah setahun memegang tampuk kepimpinan dalam usaha untuk menerapkan dan meningkatkan kefahaman Islam dikalangan warga kampus. PMIUTM sebagai persatuan yang menaungi seluruh mahasiswa Islam di kampus ini sentiasa berusaha mengajak seluruh ahlinya dan warga kampus untuk terus istiqamah mengamalkan Islam sebagai cara hidup, bukan sekadar atas dasar agama anutan.


18. Pelbagai bentuk pendekatan digunakan dalam usaha kita mendekati golongan mad’u. Program- program yang dilaksanakan terdiri daripada ceramah-ceramah, seminar, riadah, kem motivasi, bakti siswa dan sebagainya. Di samping itu, PMIUTM juga tidak sekali-kali menolak jemputan demi jemputan daripada persatuan agama lain untuk menghadiri program mereka dalam rangka untuk kita mendekati mereka sebagai mad’u serta meyakinkan kepada mereka bahawa Islam sesuai untuk semua. Walau bagaimanapun, satu persoalan timbul difikiran saya, sejauh manakah program-program yang kita jalankan ini mampu mencapai matlamatnya dan menjadi saluran dakwah yang berkesan kepada mad’u kita?


19. Adakah agenda dakwah kita sudah cukup dengan hanya menganjurkan program-program sebegini sahaja? Ini bukan bererti PMIUTM harus mengenepikan akan peri pentingnya menganjurkan program-program yang berbentuk keagamaan ini. Namun apa yang perlu pimpinan serta ahli PMIUTM lakukan pada masa hadapan adalah mencari alternatif-alternatif yang baru supaya sama-sama kita perkasakan agenda dakwah di peringkat kampus.


20. Sekali lagi ditegaskan bahawa tugas untuk melaksanakan dakwah ini bukanlah tanggungjawab mutlak PMIUTM sahaja, malah ia merupakan tugas semua umat Islam seperti yang difirmankan oleh Allah SWT:


110. kamu (Wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat Yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat Segala perkara Yang baik dan melarang daripada Segala perkara Yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). dan kalaulah ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana Yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada Yang beriman dan kebanyakan mereka: orang-orang Yang fasik.


21. Tidak kira sama ada muslimin atau muslimat, kita semua memikul tanggungjawab sebagai penyebar dakwah. Dakwah perlu diperluaskan lagi, jangan sekadar berlegar-legar di kalangan kita sahaja. Apa yang lebih penting adalah kelompok sasaran dakwah kita ini perlu benar-benar kita pastikan ianya sampai kepada mereka yang memerlukannya. Kerana percaya atau tidak ramai lagi di kalangan mahasiswa dan mahasiswi Islam di UTM ini saban hari tidak pernah menunaikan solat lantaran ada sesetengahnya yang tidak pernah menerima mesej nasihat dan sentuhan dakwah akibat kelemahan kita mengenal pasti mad’u yang bermasalah.


22. Cabaran buat mereka yang bergelar muslimat sememangnya besar. Lebih-lebih lagi yang membawa nama srikandi dakwah. Baik di kampus mahupun dalam dunia sebenar apabila berhadapan dengan masyarakat umum. Muslimat yang dianggap sayap kiri dalam menyebarkan dakwah ini, perlulah bijak mencari peluang serta manfaatkan saluran yang sedia ada. Biarpun wanita ini sering kali dikatakan lemah dari sudut fitrah semulajadinya, tetapi obor semangatnya sentiasa menyala-nyala. Muslimat sewajarnya perlu sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan golongan-golongan feminisme yang meletakkan hak asasi wanita jauh lebih tinggi berbanding hukum yang telah Allah gariskan di dalam Al-Quran, sama ada secara bersemuka mahupun menjawab kenyataan-kenyataan yang sedia ada di alam maya (baca: internet).


23. Justeru, jelaslah bahawa sumbangan tenaga anak-anak muda seperti kita amat diperlukan. Teknokrat Dakwah hari inilah yang sebenarnya bakal mewarnai dunia dengan sinaran Islam masa depan. Lebih lebih lagi kehidupan kita pada hari ini tidak dapat lari daripada teknologi yang sentiasa berubah dari masa ke masa. Cuma apa yang saya ingin tegaskan di sini ialah, selaku mahasiswa, kita akan berkhidmat dengan kondisi kita sebagai seorang pelajar. Saya menyeru sahabat-sahabat sekalian untuk kita bersama-sama mengorbankan tenaga, masa dan harta yang ada untuk sama-sama kita martabatkan kembali kegemilangan Islam, selari dengan tema Mesyuarat Agung pada kali ini iaitu ‘Teknokrat Dakwah Memimpin Ummah’.


5.0 PENUTUP

24. Akhir kalam, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada tetamu-tetamu kehormat, para pemerhati-pemerhati dan yang lebih utama para perwakilan yang dikasihi sekalian yang hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan PMIUTM kali ke-7 ini.

25. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan “Jazakumullahu Khairan Kathira ” khususnya kepada Majlis Eksekutif PMIUTM sesi 2009 bersama saf kepimpinan Majlis Tertinggi PMIUTM, Duta-Duta PMIUTM di setiap kolej, Panitia Mesyuarat Agung Tahunan PMIUTM kali ke-7, naqib dan naqibah PMIUTM serta semua ahli PMIUTM yang begitu komited dan kuat dalam mempertahankan survival dakwah PMIUTM di bumi UTM ini.


26. Hanya Allah SWT sahajalah yang mampu membalas pengorbanan sahabat-sahabat dan saya doakan agar ia tercatat sebagai pelaburan saham akhirat dengan Allah dalam perniagaan yang tentunya tidak akan rugi. Marilah sama-sama kita mengikhlaskan seluruh niat kita hanyasanya untuk mencari keredhaan Allah SWT, tanpa menghitung puji-pujaan manusia sebagai dorongan kita untuk beramal dalam rangka usaha kita memperjuangkan kalimah agung ‘Laailahaillallah Muhammadarrasulullah’. Semoga kita semua akan terus istiqamah dan beriltizam bersama PMIUTM dalam memperjuangkan Islam di bumi UTM ini.


27. Semoga Allah SWT melingkungi kita dengan RahmatNya dan mencurahkan TaufiqNya dalam membimbing kita mencari segala yang terbaik dari pemahaman, pengetahuan dan perancangan dalam suasana kita bermesyuarat di dewan yang bertuah ini. Amin Ya Rabbal ‘Aalamin.


Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar!

MOHD AMIN BIN MOHD HAMAMI

PRESIDEN

PERSATUAN MAHASISWA ISLAM UTM 2009

Letakkan banner ini tanda sokongan