KENANGAN KOLEJ MARA KULIM

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Tazkirah Jumaat: Lelaki ramai masuk neraka? --Ustaz Zainudin Hashim

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Fri | Jul 24, 09 | 12:43:04 pm MYT

Kalau dilihat secara renungan makrifat, terdapat satu hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menceritakan pengalaman baginda bertemu Allah SWT di Sidratul Muntaha malam Israk Mikraj, di mana Allah SWT telah memperlihatkan kepadanya keadaan wanita yang kebanyakan mereka dihumban dalam api neraka lantaran beberapa kesalahan semasa berada di dunia.

Namun ia bukan bermakna bahawa orang lelaki terselamat daripada panas api neraka dan dimasukkan dalam syurga Allah yang penuh dengan pelbagai nikmat yang luar biasa, yang terkadang tidak tergambar oleh akal fikiran manusia semasa hidup di dunia.

Justeru, apabila kita lihat beberapa istilah dalam al-Quran, menggambarkan kepada kita bahawa orang lelaki juga tidak kurang menjadi penghuni neraka. Ini berdasarkan keterangan al-Quran seperti istilah 'Ashabun Nar' (ahli neraka), al-Kafirun, al-Fasiqun, al-Munafiqun, az-Zolimun dan juga istilah yang disebut oleh baginda Rasulullah s.a.w. seperti golongan 'dayus', peminum arak dan anak-anak derhaka.

Apa yang menarik perhatian dalam isu yang ingin dibangkitkan di sini ialah golongan dayus seperti yang ditegaskan dalam sebuah hadis baginda. Ramai daripada kalangan umat Islam hari ini tidak menyedari bahawa mereka boleh termasuk golongan yang dayus dan tempat golongan ini di akhirat tidak lain adalah neraka.

Mengapa neraka bagi golongan dayus? Golongan dayus ini sama ada seorang ayah yang membiarkan anak-anak gadis mereka keluar rumah tanpa mengenakan pakaian yang menutup aurat dengan sempurna begitu juga seorang suami yang membiarkan isterinya mendedahkan aurat seperti tidak memakai tudung kepala hingga di bawah perhiasan mereka.

Termasuklah membiarkan pembantu rumah di kalangan wanita asing yang dibiarkan tidak menutup aurat, maka suami tadi tidak berhak masuk syurga kerana membiarkan isteri dan pembantu rumahnya tidak menutup aurat seperti yang ditegaskan oleh al-Quran.

Peristiwa wanita ke neraka pada malam Mikraj

Sayidina Ali k.w. berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah s.a.w. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"

Baginda s.a.w. menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah s.a.w. menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dicurah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua-dua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, didatangkan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri. "Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar dengan pelbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah s.a.w. menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa izin suaminya. Perempuan kedua-dua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid dan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.

"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, aku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah s.a.w. ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda s.a.w. menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari) - lanh
SUMBER:http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=021878&Itemid=91

KEMPEN - SAY NO TO 'BONCENG'

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

PMI UTM telah merangka satu langkah menangani masalah gejala sosial dengan menubuhkan Badan Bertindak UTM Zon Larangan Bonceng . Pengerusinya, Ismail Bin Sirajudin berkata Badan bertindak ini akan mengumpulkan 10,000 tandatangan pelajar selain mendapatkan sokongan dari pihak Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Pensyarah-pensyarah, Pengetua-Pengetua Kolej, Dekan-dekan Fakulti, Pihak keselamatan, Pusat Islam UTM dan akan merujuk ke peringkat Mufti Johor(jika perlu) bagi menjayakan penguatkuasaan ini.
Segala info bolehlah dirujuk di laman blog http://utmsayno2bonceng.blogspot.com/



KENANGAN RAGBI JOHOR 2007

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Bile tengok gambo2 ni..
teringat lak kt member2 satu team Johor
2 org aq jumpe dh kt UTM
sorang lg ade kt Jepun
yg len xtau kt mane...hu..hu..
tp aq tetap ingat korang
JOHOR RUGBY TEAM(15 SIDE-UNDER 18 2007) & RAGBI RIMAU UNDER 12








MIMPI

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

SALAM...
Semua orang pernah bermimpi...
x kiralah mimpi buruk ataupun mimpi yg baik...
orang kata mimpi itu satu alamat @ petanda
ada pula kata mimpi itu hanya mainan tidur
yg penting ia ialah pelengkap dlm tidur
cam ajinomoto dlm masakan
atau hiburan mcm yg tengok kt tv @ pawagam

mimpi itu kalu buruk dr setan
kalu yg baik lak dr Allah SWT
ini bdasarkan hadis nabi SAW:
Dari Abu Said Al Khudri r.a.: Rasululloh SAW berkata, “Apabila di antara kamu melihat mimpi yang ia sukai, maka itu adalah dari Allah, dan ia harus bersyukur pada Allah untuknya dan menceritakannya kepada yang lain; namun bila ia melihat sesuatu yang lain, contohnya sebuah mimpi yang tidak ia sukai, maka itu adalah dari setan, dan ia harus meminta perlindungan dari Allah atas kejahatannya, dan ia tidak boleh menceritakannya kepada siapapun, agar tidak mencelakakannya.” (HR Muslim)

Seandainya kita bermimpi yg buruk
jgnlah kita citer kt org lain....
ni pesan Rasullulah bukan sy memandai..
TAPI
kalu kita mimpi yg baik
ha....
sunat utk kite citer kt org yg t'sayang
(xkisah la saper pun)

Rasululloh SAW sendiri mencontohkan, apabila terbangun karena mimpi buruk, maka dicontohkan untuk:
Pertama, berlindung pada Allah SWT dari gangguan setan dan dari keburukan mimpi tersebut. Kemudian meludah (meniup ke kiri 3X).

Kedua, dalam riwayat lain, Rasululloh SAW memerintahkan pindah posisi tidur.

Ketiga, tidak menceritakan mimpi (buruk) tersebut kepada orang lain.

Mudah-mudahan dengan melakukan sunnah Nabi tersebut mimpi buruk itu tidak datang lagi.


ni nk pesan la...

yg ludah tu bukanludah bebetol...

skadar buat cam mludah tp x kluar pon ludahnye..

cuba bygkn ludah bebetol..

sian bini kt sblah kena ludah..

silap2 bleh cerai hidup


ada satu fakta sains..

tp bukan bebudak SAKTI yg kaji

dy kata kite bleh kawal mimpi

camne????

kalu cium bau wangi sblum tido

mimpi yg elok2

kalu cium bau busuk lak...

sebaliknye r..

pape p0n...

jgn la risau sgt ngan mimpi ni

sbb

slalunye mimpi ni skadar mimpi shj

wallahu'alam



TAMADUN

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Ari ni jemari sy begitu berminat utk menulis mengenai TAMADUN. Apa tu tamadun???
ble tanye kt org lain, dy kata tamadun tu civilisation. ada juga yg kata peradaban... mcm2 lg la...

sblum tamadun diguna, org dulu guna
umran
bunyan
thaqafah
hadarah
madaniah

--dlm buku2 ibn khaldun, dy slalu guna
umran & hadarah.
--ibn khaldun kata pasal tamadun: sekumpulan manusia yg tinggal kt 1 tempat,kota & tanah pertanian yg disana terdapatkegiatan meneroka bidang pertanian, kemakmuran & p'capaian taraf hidup yg berlandaskan islam...
kenapa pertanian penting????
hidup manusia ni perlu makanan
kalu xde makanan mula la gelabah
camne nk bangunkan tamadun xgitu???

nabi muhammad dulu pernah berdoa supaya umat dy xkena musibah
kelaparan yg keseluruhan...

MALIK BIN NABI(kalu xsalah eja) cakap apa yg dilakukan oleh manusia spt berkaitan teknologi tu bukanlah tamadun tapi ialah hasil tamadun yg bleh musnah sekelip mata.
---tamadun susah dibina tp musnah mudah. tengok la tamadun2 dulu. amik masa nk bangun tp sesenang je hancur...

kita pernah dengar madaniah & hadarah??
islam madani??
masyarakat madani??
masyarakat hadhari??
islam hadhari??

sapa yg popularkan kt m'sia ni??
madani--anwar ibrahim
hadhari--pak lah badawi

hadarah ni merujuk kpd maju,kemajuan,pembangunan
madani lak merujuk kpd pekan, bandar,manusia spt perlakuan, akhlak, kehalusan adat
ini bukan nk berpolitik!!!

tp konsep madani @ madaniyyah ni lebih mendekati maksud tamadun dibandingkan hadarah..
ingat la ye
masyarakat yg x maju x semestinya x b'tamadun!!

hujung tinta....wassalam

BUDI BAHASA BUDAYA KITA???

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Budi bahasa.......
Itu apa yg sy terfikir bila mnunggu kt kaunter HEP utk cop pengesahan Borang PTPTN. ada sorang melayu ni(pompuan), nk tnye la kt pnjaga kaunter tu pasal dokumen2 PTPTN. Dh la x bg salam. ngan dokumen yg xlengkap & cam2 hal lg. tp x nk trima kena marah. bukannye apa, makcik tu marah utk teladan supaya bringat.. tp dia yg dh buat salah x nk trima. ape nk jd camni... skurang2nye, hormat la makcik tu sbb dia lg tua. ni x......... ayat dan nada pompuan ni cakap kt makcik tu sunnguh xpatut...
Banyak lg situasi dan prangai yg dapat sy tengok.. bukan smuanya buruk, tp ramai yg begitu... xtau apa nk cakap...

Kalu nk bandingkan pompuan mlayu td ngan sorang amoi yg brurusan kt kauter yg sama... sy rasa 5 kali ganda lg baik.. jumpa bg salam. tnye dgan elok.. nk pergi pun mintak izin dengan sopan.. kalu sy la disuruh pilih bini antara 2 orang ni, sy akan pilih amoi tu dari si melayu ni.
FIKIR-FIKIRKANLAH APA YG SAYA KATAKAN NI...















Your browser is not able to display this multimedia content.



Problems viewing videos?

Download latest Windows Media Player



ceramah isra' mikraj

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

td bru je ada ceramah isra' mikraj di surau anjuran KIHAD(Kelab Agama Kolej 11). ceramah ini berkisar tentang isra' mikraj mengenai solat...

firman Allah:
ٱتۡلُ مَآ أُوحِىَ إِلَيۡكَ مِنَ ٱلۡكِتَـٰبِ وَأَقِمِ ٱلصَّلَوٰةَ‌ۖ إِنَّ ٱلصَّلَوٰةَ تَنۡهَىٰ عَنِ ٱلۡفَحۡشَآءِ وَٱلۡمُنكَرِ‌ۗ وَلَذِكۡرُ ٱللَّهِ أَڪۡبَرُ‌ۗ وَٱللَّهُ يَعۡلَمُ مَا تَصۡنَعُونَ
Meaning:Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya) dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.(surah al-ankabut:45)

>xde benda lain yg lg penting selain solat
>ibadat lain ada pengecualian cth: puasa bleh xbuat tp kena ganti, haji pula kalu mampu, zakat kalu cukup
haul dll... tp kalu solat kita wajib buat. xleh diri kita duduk. xleh duduk kita baring...and so on.. dan
slagi otak kita bleh berfikir, waras, kita kena solat...
> cam ayat kt atas tu. solat dpt cegah dari prkara "
ٱلۡفَحۡشَآءِ ". ada ulama kata " ٱلۡفَحۡشَآءِ " ni zina..
bdasarkan surah isra', ayat 32:
وَلَا تَقۡرَبُواْ ٱلزِّنَىٰٓ‌ۖ إِنَّهُ ۥ كَانَ فَـٰحِشَةً۬ وَسَآءَ سَبِيلاً۬
maksudnya:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji
dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).

> kalu solat kita xdapat cegah kita dari kemungkaran. maybe ada something wrong ngan
solat kita.
> solat mestilah khusyuk.
> khusyuk ini bukannya buat2. tp ia lahir dari hati dan jiwa. fokuskan pada Allah. bukan
benda lain.
>
tip2 khusyuk solat
---wuduk yg sempurna
---niat mesti betul.
jgn lari.
---mata difokuskan ke tempat sujud.
---lidah sebutkan dengan betul.
---dengar apa yg kita baca
---fahami dan hayati bacaan tersebut.
-------------------cara ni, kita kawal hati,penglihatan,lidah,pendengaran hanya kepada Allah dlm keadaan penuh kesucian. InsyaAllah akan datang kekusyukan......Wallahu 'alam.

note 4 today.........

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

ahhh......letihnye..
Alhamdulillah ari ni dapat cipta sejarah diri sendiri joging 3 kali naik dan 3 kali turun balai cerap utm dari kolej 11(non stop)..kira2 13200 meter. td pagi ada interview PALAPES Darat. Alhamdulillah ok je. Kalu xde aral Selasa dpan sy akan angkat sumpah kt Markas PALAPES UTM (M44).

UTM OFFICIAL SONG- KEUNGGULAN TERBILANG

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Bersama kita menjulang
Keunggulan terbilang
Ke mercu jaya kita usaha
UTM puncak letaknya

Martabat keilmuan
Cendiakawan beriman
Cekal bersama takwa
Menara cita-cita

Kami anak kandung
UTM rimbun bernaung
Usaha kami bukti cintamu
Dikau persada ilmu

Keazaman, perjuangan
Takwa dan iman

Ke arah kecemerlangan
Perundingan, penulisan
Pengajaran penyelidikan
Perkhidmatan kepada watan

Disini kami berdiri
Setia pada janji
Bermaruah berbudi bahasa
UTM sanjungan bangsa
UTM sanjungan bangsa

Muatturun (mp3 format)

Letakkan banner ini tanda sokongan