PELUANG KERJA

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Dunia masa kini diserang perasaan gusar lantaran ekonomi dunia yang telah bertapa dalam situasi gawat yang telah menyaksikan perningkatan kadar pembuangan pekerja dari hari ke hari di seluruh negara. Hal ini dapat dirasai dengan jelas bukan sahaja oleh penjawat-penjawat sektor swasta malah oleh golongan penunutut-penuntut di IPT.

Kegusaran ini disebabkan peluang pekerjaan akan berkurangan dan memaksa pelajar lepasan IPT ini menganggur sementara menantikan peluang kerja yang datang. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila umur pencen bagi penjawat kerajaan dinaikkan dan menyaksikan peluang kerja di sektor awam semakin berkurangan.

Saban tahun, ramai graduan IPT memanaskan jawatan penganggur dan seandainya umur pencen dinaikkan maka peratusannya akan meningkat. Tidak hairanlah ada sesetengah dari mereka melakukan pelbagai jenayah untuk memenuhi keperluan hidup. Ada juga graduan yang lari ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan. Hal ini mendatangkan masalah kepada negara kerana bijak pandai dari negara kita tidak berkhidmat kepada negara kita sendiri.

Apabila hal ini terjadi, kerajaaan hanya mampu memujuk dan pujukan itu tidak pula dihiraukan. Meskipun didenda, mereka lebih rela daripada pulang ke Malaysia dan terus menganggur.


Dalam hal ini, saya berpendapat semua pihak perlu berganding bahu mencari penyelesaian yang sewajarnya. Kepada graduan IPT pula, usahlah terlalu memilih pekerjaan. Seandainya cita-cita anda seorang jurutera, berkebolehan menjadi jurutera tetapi tidak punya peluang buat masa ini. Carilah kerja yang sesuai buat sementara atau jadilah tenaga pengajar kepada jurutera. Sesungguhnya masa itu emas yang tidak boleh dibeli dan jika ia pergi ia tidak akan kembali

KEPIMPINAN

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Kepimpinan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan tetapi perlu diambil kira dari segenap aspek. Sebuah organisasi masyarakat memerlukan satu kepimpinan yang mapan dan berkaliber bukan hanya ber'kaki lebar' untuk meluaskan jajahan takluk atau menindas orang lain. Inilah aspek yang paling penting dalam satu organisasi. Apabila kepimpinannya goyah maka robohlah kesatuan umpama membina sebuah rumah, tukang rumah(kepimpinan) menjadi perancang dan pembina manakala kuli(masyarakat) memberi sokongan dan bantuan untuk merealisasikan impian.

Jika kita perhati sejenak situasi masa kini, pemimpin terutamanya diperinkat rendah dipilih dari kalangan mereka yang kaya, rupa dan pengaruh namun aspek yang penting seperti kepimpinan, pengetahuan dan pengalaman diabaikan. Ini hanya satu sandiwara yang akan menghancurkan mereka sendiri.

Jika dilihat pada USA, presiden mereka majoritinya dari golongan yang berpengaruh bukan berpelajaran. Kerana itulah mereka lebih cenderung kepada pegangan 'kuasa veto' dan 'sistem rimba' yang banyak mempengaruhi penglibatan mereka dalam peperangan kerana bagi mereka, itulah jalan keluar yang sebenar meskipun hakikatnya ia sekadar pencetus kepada krisis yang baru. Sebagai contoh, George W. Bush yang jelas tidak layak mentadbir tetapi diberi mandat oleh rakyat negaranya. Akhirnya, apa yang dibawa hanyalah kemusnahan, peperangan dan seribu satu keburukan kepada negara mereka.

Syukurlah negara kita masih dipimpin oleh insan yang berpelajaran yang mampu mentadbir negara kita ini walaupun acapkali terdengar kata-kata sumbang dari sesetengah pihak. Kata-kata sumbang itu harus dijadikan pemangkin untuk memajukan negara kita yang tercinta ini. Akhir kata, dari kacamata seorang rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, saya berharap agar kepimpinan insan berilmu diteruskan di Malaysia. Biarlah dari mana-mana parti politik atau orang perseorangan, asalkan berilmu dan layak memimpin, merekalah yang perlu kita sokong...
WALLAHU 'ALAM

KECURIAN

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Pagi td, satu perkara best terjadi.
3 org perompak bersenjatakan parang masuk ke asrama. Mujurlah tak ramai budak kt asrama, kalu tak mesti perompak tu dpt hasil yg lumayan. sedey gak rasenye sbb sy pun ilang handphone. budak2 matrix balik cuti midsem mse tu. sy ngan zahir X blik. duk kt asrama sekali ngan budak FET UniKL. Diorang lg ramai ilang barang. laptop pun ada yg ilang.

menurut cerita sorang yg ter'hidup' mase tu, perompak tu mintak hanfon dia smbil tunjuk parang. Dia pun bg la. Pas2 dua org perompak tu lari kluar ikut jalan 'fly' yg dah sedia ada. dia gi luar jap sbb x puas ati ngan perompak tu. pas2 dia masuk blik dorm lalu jumpe sorg lg perompak yg dia ingat member dia. bile perompak ketiga tu cabut bru dia tau yg tu bukan member dia...

kalu aku bangun mase tu kan bagus.....

UNPOWERISED SYSTEM

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu

Cuba bayangkan jika semua semua tenaga yg kita kluarkan boleh digunakan semula 100%. Mesti bestkan... Tenaga yg kita gunakan takkan dibazirkan begitu sahaja. Berpegang pada pandangan ini, sy dan kwn sy, Zahir berfikir mengenai sistem ini. stakat ini terdapat beberapa lakaran, pandangan dan teori yang membuktikannya logik & mampu dilakukan. Tp sy khuatir ia hanya sekadar teori yg tepat namun tidak pada praktikalnya. jika anda ada pandangan yg boleh dikongsi, sy alu-alukannya.

BOIKOT BARANGAN ISRAEL

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu


KEMPEN BOIKOT ISRAEL

JENAMA YANG PERLU DIBOIKOT




Letakkan banner ini tanda sokongan