ASSALAMUALAIKUM WBT

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu Isnin, 29 Disember 2008

ASSALAMUALAIKUM WBT

Terlalu banyak perkara yang difikirkan sehingakan kadangkala kepala terasa berat dan otak seakan tepu utk berfikir. Ingin diucap, segan pula menguasai diri. Lantaran itu, seorang sahabat mengesyorkan sy utk mula berblog. Hati dan perasaan melonjak dan berkata,"Ya. Lakukannya." Namun lain pula cerita masa dan fikiran yang memandang sebaliknya. Namun tekad membawa sy menekan kekunci utk 'first post' sy.

Sy bukanlah pengkritik politik yg pandangannya diterima pakai dlm bidang politik. Malah bukan psikiatri dan insan psikik yg bisa meneliti dan memahami pendirian dan pemikiran orang lain. Jauh sekali ahli falsafah yg termashur dimana-mana. tp hanya insan biasa, dengan kebolehan yg biasa,mempunyai kehidupan yg biasa dan tanpa apa2 yg luar biasa.

Namun, manusia biasa ini lebih berfikir, walaupun ianya bukanlah penting utk difikir, atau tidak terlintas oleh para pemikir dan cuba menarik anda utk berfikir, masuk lebih jauh ke alam berfikir yang tak akan berakhir.

Dikesempatan ini,sy mengucapkan SELAMAT TAHUN BARU HIJRAH, 1430 hijrah. Mulakan tahun baru ini dengan kebaikan dan penuhinyalah dengan kebajikan. Semoga Allah memberkati dan merahmati kamu.INSYA-ALLAH.

Letakkan banner ini tanda sokongan