SOLAT HAJAT PERDANA

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu Isnin, 10 Ogos 2009

pd 3 ogos 2009, telah diadakan satu program Solat Hajat perdana di Masjid Sultan Ismail. Tujuan program ini antara lainnya untuk memohon hajat bagi mengelak penularan Influenza A H1N1 di Malaysia amnya dan di UTM khasnya. Program ini bermula selepas solat fardhu maghrib. Solat hajat telah dipimpin oleh Dr Mohd Ismail Bin Mustari, Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM. Selepas menunaikan solat hajat, warga UTM beramai-ramai membacakan yassin. Program ini tamat selepas Solat Fardhu Isyak.

0 ulasan

Catat Ulasan

Letakkan banner ini tanda sokongan