PELUANG KERJA

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu Sabtu, 31 Januari 2009

Dunia masa kini diserang perasaan gusar lantaran ekonomi dunia yang telah bertapa dalam situasi gawat yang telah menyaksikan perningkatan kadar pembuangan pekerja dari hari ke hari di seluruh negara. Hal ini dapat dirasai dengan jelas bukan sahaja oleh penjawat-penjawat sektor swasta malah oleh golongan penunutut-penuntut di IPT.

Kegusaran ini disebabkan peluang pekerjaan akan berkurangan dan memaksa pelajar lepasan IPT ini menganggur sementara menantikan peluang kerja yang datang. Lebih memburukkan lagi keadaan apabila umur pencen bagi penjawat kerajaan dinaikkan dan menyaksikan peluang kerja di sektor awam semakin berkurangan.

Saban tahun, ramai graduan IPT memanaskan jawatan penganggur dan seandainya umur pencen dinaikkan maka peratusannya akan meningkat. Tidak hairanlah ada sesetengah dari mereka melakukan pelbagai jenayah untuk memenuhi keperluan hidup. Ada juga graduan yang lari ke luar negara untuk mencari peluang pekerjaan. Hal ini mendatangkan masalah kepada negara kerana bijak pandai dari negara kita tidak berkhidmat kepada negara kita sendiri.

Apabila hal ini terjadi, kerajaaan hanya mampu memujuk dan pujukan itu tidak pula dihiraukan. Meskipun didenda, mereka lebih rela daripada pulang ke Malaysia dan terus menganggur.


Dalam hal ini, saya berpendapat semua pihak perlu berganding bahu mencari penyelesaian yang sewajarnya. Kepada graduan IPT pula, usahlah terlalu memilih pekerjaan. Seandainya cita-cita anda seorang jurutera, berkebolehan menjadi jurutera tetapi tidak punya peluang buat masa ini. Carilah kerja yang sesuai buat sementara atau jadilah tenaga pengajar kepada jurutera. Sesungguhnya masa itu emas yang tidak boleh dibeli dan jika ia pergi ia tidak akan kembali

0 ulasan

Catat Ulasan

Letakkan banner ini tanda sokongan