KEPIMPINAN

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu Ahad, 25 Januari 2009

Kepimpinan bukanlah satu perkara yang boleh dipandang ringan tetapi perlu diambil kira dari segenap aspek. Sebuah organisasi masyarakat memerlukan satu kepimpinan yang mapan dan berkaliber bukan hanya ber'kaki lebar' untuk meluaskan jajahan takluk atau menindas orang lain. Inilah aspek yang paling penting dalam satu organisasi. Apabila kepimpinannya goyah maka robohlah kesatuan umpama membina sebuah rumah, tukang rumah(kepimpinan) menjadi perancang dan pembina manakala kuli(masyarakat) memberi sokongan dan bantuan untuk merealisasikan impian.

Jika kita perhati sejenak situasi masa kini, pemimpin terutamanya diperinkat rendah dipilih dari kalangan mereka yang kaya, rupa dan pengaruh namun aspek yang penting seperti kepimpinan, pengetahuan dan pengalaman diabaikan. Ini hanya satu sandiwara yang akan menghancurkan mereka sendiri.

Jika dilihat pada USA, presiden mereka majoritinya dari golongan yang berpengaruh bukan berpelajaran. Kerana itulah mereka lebih cenderung kepada pegangan 'kuasa veto' dan 'sistem rimba' yang banyak mempengaruhi penglibatan mereka dalam peperangan kerana bagi mereka, itulah jalan keluar yang sebenar meskipun hakikatnya ia sekadar pencetus kepada krisis yang baru. Sebagai contoh, George W. Bush yang jelas tidak layak mentadbir tetapi diberi mandat oleh rakyat negaranya. Akhirnya, apa yang dibawa hanyalah kemusnahan, peperangan dan seribu satu keburukan kepada negara mereka.

Syukurlah negara kita masih dipimpin oleh insan yang berpelajaran yang mampu mentadbir negara kita ini walaupun acapkali terdengar kata-kata sumbang dari sesetengah pihak. Kata-kata sumbang itu harus dijadikan pemangkin untuk memajukan negara kita yang tercinta ini. Akhir kata, dari kacamata seorang rakyat yang mempunyai semangat patriotisme yang tinggi, saya berharap agar kepimpinan insan berilmu diteruskan di Malaysia. Biarlah dari mana-mana parti politik atau orang perseorangan, asalkan berilmu dan layak memimpin, merekalah yang perlu kita sokong...
WALLAHU 'ALAM

0 ulasan

Catat Ulasan

Letakkan banner ini tanda sokongan