TAHUN BARU MASEHI

Dicatat oleh Le serviteur de Dieu Khamis, 1 Januari 2009

Detik 12 tengah malam, 1 Jan 2009 sangat ditunggu-tunggu oleh orang ramai terutamanya golongan muda-mudi tidak kira di desa mahupun di kota raya. menjadi rutin tahunan di seluruh negara meskipun waktu jam 00.00 itu berbeza bagi sesuatu tempat yang berasingan. Saya menonton sambutan ini menerusi internet yang memaparkan sambutan di tempat masing-masing. apa yg dapat diperhatikan ialah tiada perbedaan baik di Malaysia mahupun di luar negara dari segi sambutan, kehadiran, pakaian dan pergaulan. cukup terusik hati ini apabila menyaksikan situasi ini. bukan muhrim berpegangan dan berpelukan. adat ketimuran dilupakan.sopan dan malu wanita timur juga tidak dipaparkan.

Lebih terkilan apabila difikirkan baru beberapa hari kita menyambut tahun baru hijrah. memulakan tempoh permulaan tahun hijrah dengan perkara yang jauh dari tuntutan agama. kadang2 saya terfikir, mengapa sambutan maal hijrahlebih muram jika dibandingkan dengan tahun masehi. FIKIRKANLAH...

0 ulasan

Catat Ulasan

Letakkan banner ini tanda sokongan